Wednesday, December 18, 2013

Bercuti di Cameron Highland

Tahun ni kami sekeluarga bercuti di Cameron Highland selepas 8 tahun tidak ke sini. Tidak banyak perubahan yang berlaku di sini, pembangunan tidak begitu pesat berbanding tempat-tempat lain. Saya teringat Pulau Pangkor juga mengalami suasana seperti ini, hanya pertumbuhan yang perlahan.

Sebenarnya tanah tinggi ini ada potensi besar, namun kreativiti pemimpin tidak ada terutama Ahli Parlimen yg dilihat lesu dalam membangunkan tempat peranginan ini.