Wednesday, December 3, 2014

Terus Istiqamah Medepani Perjuangan Menegak Daulah Islamiyyah

Kita berhadapan dengan kecelaruan matlamat asal iaitu menegakkan undang-undang Islam yg syumul dan daulah islamiyyah kepada hanya gabungan membentuk kerajaan yang adil atas kacamata akal serta terus kekal di atas daulah sekular. Matlamat membenam UMNO dan BN menjadi asas ikatan dan matlamat bersama DAP dan PKR lalu melupakan terus matlamat asal perjuangan Pas menegakkan daulah Islamiyyah dan undang-undang Islam yang syumul.

Ada dikalangan ahli dan pimpinan Pas yang terpengaruh dengan fahaman ini (liberal dan pragmatik) hanya mementingkan kejayaan menawan Putrajaya bersama PR dan mengenepikan asal tujuan Pas ditubuhkan yang berpaksikan petunjuk Al-Quran, hadis, qias dan ijmak ulama. Untuk mereliasasikan matlamat menjatuhkan dan melemahkan cengkaman golongan ulama yang disifatkan berfahaman ortodok dan ekstrem maka Pasma diwujudkan sebagai NGO yang sentiasa menganyang ulama Pas, MSU dan Presiden di dalam setiap wacana mereka.

Semoga mereka sedar kesilapan dan bertaubat atau kita perlu menghukum golongan ahli parti ini yang terlibat dengan Pasma.


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Simpang,Malaysia