- Posted using BlogPress from my iPhone
Friday, December 16, 2011
Saturday, November 5, 2011
Solat Idil Adha di MTI Batu 9
Solat Idil Adha bersama dengan warga kampung Kepala Bukit dan Batu 9 dibuat di Asrama MTI Batu 9.
Khatib tahun ini ialah Ustaz Zabidi dan Pas Cawangan kg Kepala Bukit mengadakan korban sebanyak 4 ekor lembu.
Daging korban akan diagihkan kepada penduduk sekitar yang miskin.
- Posted using BlogPress from my iPhone
Location:Jalan Changkat Jering - Sri Manjung - Kampung Koh,Terong,Malaysia
Tuesday, November 1, 2011
Liqa Fikri Pas Kawasan
Friday, October 7, 2011
Makan Malam Bersama Keluarga Di Matang Fried Bawal
Makan malam bersama keluarga setelah pulang dari Tesco Taiping membeli beberapa barang keperluan.
Location:Jalan Kota Jaya,Simpang,Malaysia
Thursday, October 6, 2011
Solat Jumaat Di Masjid India Taiping
Hari ini saya solat Jumaat di Masjid India, di mana kutbah Jumaat disampaikan dalam bahasa tamil.
Ada beberapa potong ayat sahaja yang difahami, kutbah kali ini banyak berkisar Rukun Haji dan sejarahnya bermula Dari pembinaan kaabah oleh Nabi Ibrahim.
- Posted using BlogPress from my iPhone
Ada beberapa potong ayat sahaja yang difahami, kutbah kali ini banyak berkisar Rukun Haji dan sejarahnya bermula Dari pembinaan kaabah oleh Nabi Ibrahim.
- Posted using BlogPress from my iPhone
Location:Jalan Kota,Taiping,Malaysia
Sunday, February 20, 2011
Teruskan Kebangkitan Menentang Kuasa Beraja Bahrain
Saya menyeru rakyat Bahrain meneruskan tunjuk perasaan aman demi menuntut kebebasan demokrasi. Walaupun dilihat polis Bahrain sanggup membunuh rakyat sendiri namun percayalah kuasa rakyat akan berjaya merubah landskap politik sesuatu negara.
Kita sudah lihat ketidak adilan pemerintah akan menyebabkan rakyat bangun menuntut hak mereka. Kita lihat ramai pemimpin negara umat Islam terlalu korup dan zalim terhadap rakyat mereka. Pemimpin dan kroni hidup kaya raya sedangkan rakyat hidup merempat, siapa lagi yang ingin membela hak rakyat?, pilihanraya tiada kalau adapun penuh dengan penipuan.
Rasuah berleluasa sehingga tiada tempat lagi untuk mencari simpati dan keadilan. Hancurkan semua diktator.............ayuh bangun.....
Saturday, January 29, 2011
Teruskan Demo Untuk Menumbangkan Kerajaan Kuku Besi Hosni Mubarak!!!
Saya memberi sokongan penuh kepada penduduk Mesir yang telah melaku demonstrasi untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Hosni dilihat telah memerintah Mesir dengan mengamalkan pemerintahan kuku besi . Beliau telah mengunakan polis dan tentera untuk menyiksa seterunya di penjara-penjara Mesir dengan kejam sekali. Ramai pimpinan dan pengikut Ikhwanul Musliman dan parti pembangkang lain yang hilang atau dipenjara tanpa dibawa terlebih dahulu kemuka pengadilan.
Dengan kesediaan Mohamed Elbaradei Pemenang Hadiah Nobel Keamanan ke Mesir serta kesanggupan beliau untuk memimpin demonstrasi ini menyebabkan semangat penduduk Mesir terus melonjak. Kepulangan beliau diharap dapat memulihkan demokrasi di Mesir, sebelum ini pilihanraya di Mesir amat tidak telus dimana adalah mustahil pihak pembangkang boleh memenangi pilihanraya tersebut. Akibat pemerintahan yang penuh korupsi dan kronism menyebabkan ramai belia dan penduduk Mesir tiada pekerjaan. Ia diburukkan lagi oleh kadar inflasi yang teruk serta kadar upah yang rendah. SAedangkan dengan kekayaan negara dimonopoli oleh kaum kerabat atau rakan rapat Hosni Mubarak sendiri.
Walaupun polis cuba menyuraikan rusuhan dengan keganasan yang luar biasa, kita berharap penduduk Mesir terus tabah dan meneruskan demo bagi menekan Presiden mereka supaya berundur. Kita yakin Mesir akan menuju ke arah kecemerlangan dan kemajuan seperti sebelum ini di mata dunia dengan tertumbangnya regim Hosni Mubarak yang telah memerintah selama 30 tahun dan beliau dilihat pro kepada Israel. SEMOGA TUMBANG HOSNI MUBARAK SIKUKU BESI.....
Wednesday, January 26, 2011
Calon BN Calon Penuh Kontroversi!!
Dengan penededahan Pengarah Pilihanraya Pas bagi PRK Dun tenang YB Salehuddin Ayub bahawa calon BN Mohd Azahar Ibrahim dan Kerajaan yang menghadapi saman sebanyak RM 1.5 juta akibat kecuaian beliau dalam kes lelongan tanah tempoh hari menyembabkan beliau berada dalam situasi tidak layak menjadi wakil rakyat.
Beliau semasa menjadi ADO Daerah Segamat telah cuai dan menyalah guna kuasanya dengan melelong tanah En. Mansor Mohamad dengan tidak sah iaitu tanpa pengetahuan pemilik pada 1-12-2003 dengan hanya RM 70,000.00 cukup murah bagi 8 ekar tanah. Kecuaian beliau menyebabkan En. Mansor berjaya dalam samannya.
Pada 7-2-2011 Mahkamah tinggi Muar akan mendengar tuntutan Puan Norhana Binti Mohd Ali menuntut ganti rugi sebanyak RM 1.5 juta akibat berikutan telah membeli tanah lelongan yang tidak sah ini. Jika saman ini berjaya berapa banyak wang rakyat negeri Johor akan dibazirkan akibat kecuaian Mohd Azahar ini.
Kalau di Amerika Syarikat dengan rela hati calon sesebuah parti akan menarik diri, tetapi di Malaysia ia dianggap tidak mengapa. Kita tunggu apa kata pengundi Dun Tenang?????????
Beliau semasa menjadi ADO Daerah Segamat telah cuai dan menyalah guna kuasanya dengan melelong tanah En. Mansor Mohamad dengan tidak sah iaitu tanpa pengetahuan pemilik pada 1-12-2003 dengan hanya RM 70,000.00 cukup murah bagi 8 ekar tanah. Kecuaian beliau menyebabkan En. Mansor berjaya dalam samannya.
Pada 7-2-2011 Mahkamah tinggi Muar akan mendengar tuntutan Puan Norhana Binti Mohd Ali menuntut ganti rugi sebanyak RM 1.5 juta akibat berikutan telah membeli tanah lelongan yang tidak sah ini. Jika saman ini berjaya berapa banyak wang rakyat negeri Johor akan dibazirkan akibat kecuaian Mohd Azahar ini.
Kalau di Amerika Syarikat dengan rela hati calon sesebuah parti akan menarik diri, tetapi di Malaysia ia dianggap tidak mengapa. Kita tunggu apa kata pengundi Dun Tenang?????????
Monday, January 24, 2011
PRK Dun Tenang Mengapa Pas Perlu Menang?
Sudah tentu BN dan Pas akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memenagi kerusi Dun Tenang.DS Najib dan BN dilihat mahu kemenangan yang ketiga berturut-turut bagi membuktikan beliau dengan konsep 1 Malaysia telah diterima oleh semua rakyat berbilang kaum.
Pas dan PR pula perlu mengekang kemenangan BN bagi memberi input yang lebih positif terhadap penerimaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat yang mana negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat telah diasak begitu teruk oleh akbar dan media elektronik arus perdana.
Apakah dengan kekalahan Dun Tenang Johor menyebabkan kerajaan Johor di bawah BN akan mengalami kesukaran memerintah kerana tidak mengcukupi 2/3?. Sudah tentu tidak, malahan 2/3 bukanlah penyebab kesukaran memerintah sesebuah Negara atau Negeri kerana dalam banyak hal sudah cukup dengan kelebihan 1 kerusi untuk memerintah seperti Kelantan sebelum ini.
Cuma pertempuran psikologi bagi menghadapi PRU ke 13 yang pada ramalan saya mungkin akan berlaku atau diadakan pada bulan 8-11 tahun 2012 selepas belanjawan perangkap atau memancing pengundi dibuat pada penghujung tahun 2012. Pada hemat saya belanjawan tahun ini menjurus kepada penstabilan situasi ekonomi yang belum pulih dan rangsangan yang tepat perlu dibuat untuk memperbaiki keadaan.
Apapun bagi saya untuk memastikan dominasi BN dapat dikurangkan dan demi kebajikan rakyat maka Dun Tenang harus diberi kepada PR. Dengan kekalahan BN akan dilihat kebajikan rakyat terpaksa dijaga oleh mereka yang sebelum ini kita dapati YB atau YAB BN langsung tidak menghiraukan Dun atau Parlimen yang dimenangi oleh mereka.
Cukup dengan lawatan ke kawasan 2-3 bulan sekali dan bila pilahanraya beliau pasti akan menang kerana tiada persaingan. Semua ini berpunca dari aliran maklumat dan pengetahuan rakyat amat terhad dan hanya bergantung kepada akbar-akbar dan media elektronik arus perdana sahaja.
Sudah pasti untuk menang di Dun Tenang amat sukar bagi Pas dan PR...............cuma kita berharap sesuatu perubahan mungkin berlaku.
Tuesday, January 11, 2011
Novel Interlok Tak Perlu Dipolitikkan
Saya terpanggil untuk menulis bagi membantah tindakan beberapa ratus orang yang membakar novel interlok karya Sasterwan Negara Dato' Abdullah Hussein. Kononnya novel ini telas menghina kaum India. PPP,Pari Makkal Sakti dan Prima secara terang-terangan membantah novel Interlok daripada menjadi buku teks persekolahan.
Kita sedia maklum sistem kasta dan istilah paria yang dilontarkan dalam novel ini memang telah wujud dalam budaya hidup kaum India, ia bukan satu rekaan dan realiti ini perlu diterima oleh semua orang. Hakikat ini perlu difahami dan bacaan secara menyeluruh isi kandungan novel ini perlu sebelum sesuatu kritikan hendak dibuat.
Namun begitu ramai orang perseorangan dan NGO yang menyokong agar Kementerian Pelajaran tidak tunduk kepada desakan pandangan minoriti ini. Sayugia diingat Novel merupakan karya berbentuk lakaran minda atau khayalan penulis yang digarap berdasarkan pengalaman hidup atau orang lain yang dikhayalkan dan dikaryakan dalam bentuk penceritaan oleh penulis itu sendiri.
Interlok dilakarkan melalui tulisan dengan cara yang kreatif dan kemungkinan menyentuh sesuatu masyarakat secara realitinya dengan sengaja atau tidak. Ia juga bukannya biografi atau fakta sejarah yang perlu tepat dan mempunyai fakta sokongan. Oleh itu sesuatu karya yang berbentuk imiginasi tidak seharusnya dipolitikkan kerana ianya bukannya benar atau boleh dijadikan hujah.
Malahan watak-watak yang dihasilkan itu tidakpun wujud sama sekali secara realiti dan ianya cuma khayalan penulis semata-mata. Hak berkarya tidak perlu disekat oleh mana-mana pihak kecualilah jika novel terbabit penuh kejijikan dan kelucahan dalam segi bahasanya dan sarat dengan fitnah dalam isinya. Kecuali secara realiti ia menceritakan perkara yang wujud untuk disindir dan disanggah itu tidak mengapa.
Begitulah terjadi kepada Novel 'Shit' tulisan Prof. Emeritius Dato' Shahnon Ahmad yang menceritakan tentang politik sekitar tahun 1997-1999 telah cuba dipolitikkan oleh UMNO kerana ia menyentuh Tun Mahathir Mohamad. Sepatutnya karya sebegitu tidak perlu dipolitikkan kerana ia bersifat khayalan berdasar sutuisi yang dialami oleh penulis.
Shahnon telah diperlekeh oleh akhbar dan media elektronik UMNO dan BN sedangkan karya beliau berbentuk khayalan yang digarap begitu rupa yang dilihat seperti ingin menyindir Tun Mahathir yang begitu lama berkuasa, justeru itu apa salahnya kerana ianya hanya khayalan dalam bercerita. Kecualilah kalau UMNO dan BN rasa ia begitu benar dan mereka seperti tahi yang sebenar???
Begitulah novel-novel keluaran penulis terkenal negara lain yang mengarap masalah semasa berdasar khayalan penulis. samada ia bersifat pro kerajaan atau tidak.....
Subscribe to:
Posts (Atom)