Monday, January 24, 2011

PRK Dun Tenang Mengapa Pas Perlu Menang?


Sudah tentu BN dan Pas akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memenagi kerusi Dun Tenang.DS Najib dan BN dilihat mahu kemenangan yang ketiga berturut-turut bagi membuktikan beliau dengan konsep 1 Malaysia telah diterima oleh semua rakyat berbilang kaum.

Pas dan PR pula perlu mengekang kemenangan BN bagi memberi input yang lebih positif terhadap penerimaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat yang mana negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat telah diasak begitu teruk oleh akbar dan media elektronik arus perdana.

Apakah dengan kekalahan Dun Tenang Johor menyebabkan kerajaan Johor di bawah BN akan mengalami kesukaran memerintah kerana tidak mengcukupi 2/3?. Sudah tentu tidak, malahan 2/3 bukanlah penyebab kesukaran memerintah sesebuah Negara atau Negeri kerana dalam banyak hal sudah cukup dengan kelebihan 1 kerusi untuk memerintah seperti Kelantan sebelum ini.

Cuma pertempuran psikologi bagi menghadapi PRU ke 13 yang pada ramalan saya mungkin akan berlaku atau diadakan pada bulan 8-11 tahun 2012 selepas belanjawan perangkap atau memancing pengundi dibuat pada penghujung tahun 2012. Pada hemat saya belanjawan tahun ini menjurus kepada penstabilan situasi ekonomi yang belum pulih dan rangsangan yang tepat perlu dibuat untuk memperbaiki keadaan.

Apapun bagi saya untuk memastikan dominasi BN dapat dikurangkan dan demi kebajikan rakyat maka Dun Tenang harus diberi kepada PR. Dengan kekalahan BN akan dilihat kebajikan rakyat terpaksa dijaga oleh mereka yang sebelum ini kita dapati YB atau YAB BN langsung tidak menghiraukan Dun atau Parlimen yang dimenangi oleh mereka.

Cukup dengan lawatan ke kawasan 2-3 bulan sekali dan bila pilahanraya beliau pasti akan menang kerana tiada persaingan. Semua ini berpunca dari aliran maklumat dan pengetahuan rakyat amat terhad dan hanya bergantung kepada akbar-akbar dan media elektronik arus perdana sahaja.

Sudah pasti untuk menang di Dun Tenang amat sukar bagi Pas dan PR...............cuma kita berharap sesuatu perubahan mungkin berlaku.

No comments:

Post a Comment