Wednesday, January 26, 2011

Calon BN Calon Penuh Kontroversi!!


Dengan penededahan Pengarah Pilihanraya Pas bagi PRK Dun tenang YB Salehuddin Ayub bahawa calon BN Mohd Azahar Ibrahim dan Kerajaan yang menghadapi saman sebanyak RM 1.5 juta akibat kecuaian beliau dalam kes lelongan tanah tempoh hari menyembabkan beliau berada dalam situasi tidak layak menjadi wakil rakyat.

Beliau semasa menjadi ADO Daerah Segamat telah cuai dan menyalah guna kuasanya dengan melelong tanah En. Mansor Mohamad dengan tidak sah iaitu tanpa pengetahuan pemilik pada 1-12-2003 dengan hanya RM 70,000.00 cukup murah bagi 8 ekar tanah. Kecuaian beliau menyebabkan En. Mansor berjaya dalam samannya.

Pada 7-2-2011 Mahkamah tinggi Muar akan mendengar tuntutan Puan Norhana Binti Mohd Ali menuntut ganti rugi sebanyak RM 1.5 juta akibat berikutan telah membeli tanah lelongan yang tidak sah ini. Jika saman ini berjaya berapa banyak wang rakyat negeri Johor akan dibazirkan akibat kecuaian Mohd Azahar ini.

Kalau di Amerika Syarikat dengan rela hati calon sesebuah parti akan menarik diri, tetapi di Malaysia ia dianggap tidak mengapa. Kita tunggu apa kata pengundi Dun Tenang?????????

No comments:

Post a Comment