Tuesday, January 11, 2011

Novel Interlok Tak Perlu Dipolitikkan


Saya terpanggil untuk menulis bagi membantah tindakan beberapa ratus orang yang membakar novel interlok karya Sasterwan Negara Dato' Abdullah Hussein. Kononnya novel ini telas menghina kaum India. PPP,Pari Makkal Sakti dan Prima secara terang-terangan membantah novel Interlok daripada menjadi buku teks persekolahan.





Kita sedia maklum sistem kasta dan istilah paria yang dilontarkan dalam novel ini memang telah wujud dalam budaya hidup kaum India, ia bukan satu rekaan dan realiti ini perlu diterima oleh semua orang. Hakikat ini perlu difahami dan bacaan secara menyeluruh isi kandungan novel ini perlu sebelum sesuatu kritikan hendak dibuat.


Namun begitu ramai orang perseorangan dan NGO yang menyokong agar Kementerian Pelajaran tidak tunduk kepada desakan pandangan minoriti ini. Sayugia diingat Novel merupakan karya berbentuk lakaran minda atau khayalan penulis yang digarap berdasarkan pengalaman hidup atau orang lain yang dikhayalkan dan dikaryakan dalam bentuk penceritaan oleh penulis itu sendiri.

Interlok dilakarkan melalui tulisan dengan cara yang kreatif dan kemungkinan menyentuh sesuatu masyarakat secara realitinya dengan sengaja atau tidak. Ia juga bukannya biografi atau fakta sejarah yang perlu tepat dan mempunyai fakta sokongan. Oleh itu sesuatu karya yang berbentuk imiginasi tidak seharusnya dipolitikkan kerana ianya bukannya benar atau boleh dijadikan hujah.

Malahan watak-watak yang dihasilkan itu tidakpun wujud sama sekali secara realiti dan ianya cuma khayalan penulis semata-mata. Hak berkarya tidak perlu disekat oleh mana-mana pihak kecualilah jika novel terbabit penuh kejijikan dan kelucahan dalam segi bahasanya dan sarat dengan fitnah dalam isinya. Kecuali secara realiti ia menceritakan perkara yang wujud untuk disindir dan disanggah itu tidak mengapa.

Begitulah terjadi kepada Novel 'Shit' tulisan Prof. Emeritius Dato' Shahnon Ahmad yang menceritakan tentang politik sekitar tahun 1997-1999 telah cuba dipolitikkan oleh UMNO kerana ia menyentuh Tun Mahathir Mohamad. Sepatutnya karya sebegitu tidak perlu dipolitikkan kerana ia bersifat khayalan berdasar sutuisi yang dialami oleh penulis.

Shahnon telah diperlekeh oleh akhbar dan media elektronik UMNO dan BN sedangkan karya beliau berbentuk khayalan yang digarap begitu rupa yang dilihat seperti ingin menyindir Tun Mahathir yang begitu lama berkuasa, justeru itu apa salahnya kerana ianya hanya khayalan dalam bercerita. Kecualilah kalau UMNO dan BN rasa ia begitu benar dan mereka seperti tahi yang sebenar???

Begitulah novel-novel keluaran penulis terkenal negara lain yang mengarap masalah semasa berdasar khayalan penulis. samada ia bersifat pro kerajaan atau tidak.....

No comments:

Post a Comment